Tuesday, March 24, 2020

BBM3410Satu2020 : SIMPULAN BAHASA

Minggu lepas kami telah mengambil beberapa gambar dengan mengikuti simpulan bahasa yanh telah kesemua ahli kumpulan kami pilih... Antara simpulan bahasa yang telah kami pilih ialah :- 
1. Qila📍Kepala angin
2. Pika📍Hati batu
3. Dilla📍Juling air
4. Nina📍Berat sebelah
5. Emmy📍Puteri lilin
6. Syida📍Kaki botol
7. Haziq📍Kacang hantu
8. Abidin📍Tangan terbuka
9. Zul📍Peluk tubuh

Nama ahli kumpulan :-
Pengarah : Abidin Bin Abdul Rahman 
P.Pengarah : Noor Emmywatie Bin Kasiman
Jurugambar : Nurul Rasyidah Binti Rosmadi & Nursyafika Binti Rapol
Editor : Nur Aqilah Hanis Binti Rutaza
P.Editor : Ardilla Binti Muhammad Asri
Prop : Nur Husnina Binti Ramlan & Muhammad Haziq Bin Sahari 
Teknikal : Muhammad Zulfadhli Bin Zakaria

Monday, March 16, 2020

BBM3410Satu2020 : JENIS-JENIS FLATLAY


Gambar-gambar dalam video ini kami telah menggunakan elemen-elemen flatlay. Gambar-gambar yang terdapat dalam video ini kami gunakan kaedah flatlay, half flatlay, zero flatlay, dan quarte flatlay. Flatlay kami menggunakan sudut 90 darjah. Half flatlay kami menggunakan sudut 45 darjah manakala quarte flatlay 22.5 darjah. Kesemua gambar ini kami menggunakan angle yg telah ditetapkan. Dari kaedah ini kami dapat membezakan kesemua jenis-jenis flatlay dan diterapkan kedalam video kami. 

Thursday, March 12, 2020

BBM3410Satu2020: Asas Fotografik



Dalam menghasilkan video ini, terdapat banyak pengalaman yang telah kami lalui. Saya sebagai pengarah telah memberi arahan kepada anak buah saya untuk bekerjasama dalam menghasilkan sebuah gambar yang cantik dan juga sebuah video yang menarik. Kesemua ahli kumpulan saya telah memberi kerjasama yang baik walaupun terdapat perseteruan idea kami dapat mengatasinya. Dalam menghasilkan sebuah gambar yang cantik dan menarik, seseorang memerlukan kreativiti yang menarik juga. Itu juga yanh diterapkan oleh ahli kumpulan saya. Kami telah memberikan kreativiti kami agar gambar yang dihasilkan itu cantik dan pempersonakan

Friday, March 6, 2020

BBM3410Satu2020 : KEPENTINGAN ASAS GRAFIK




RUJUKAN 
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia

BBM3410Satu 2020 : NOTA RINGKAS ASAS GRAFIK


Elemen asas grafik:

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), terdapat beberapa elemen asas grafik bagi kegunaan kamera, video, dan sebagainya yang melibatkan bahan grafik. Terdapat lima elemen asas grafik iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian, dan keseimbangan.

1. Mudah

Mudah adalah elemen grafik yang harus digunakan bagi memudahkan seseorang untuk memahami sesuatu grafik. Sesuatu grafik yang ditonjolkan itu mestilah senang difahami agar tidak berlaku kekeliruan ketika seseorang melihat grafik tersebut.

2. Warna 

Warna yang digunakan dalam gambar haruslah sesuai dengan keadaan gambar. Kombinasi warna mestilah betul agar seseorang yang melihat tidak serabut.

3. Teks

Teks digunakan bertujuan untuk memudahkan lagi seseorang untuk memahami sesuatu yang ingin disampaikan dalam gambar. Font yang digunakan bagi penulisan teks juga haruslah sesuai dengan gambar.

4. Kesesuaian

Setiap gambar haruslah bersesuaian dengan keadaan sekeliling seperti tempat dan sebagainya.

5. Keseimbangan 

Elemen keseimbangan mementingkan keseimbangan ruang atas, bawah, kiri, dan kanan.

RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia

BBM3410Satu2020 : TEORI ANALISIS WACANA KRITIS


Teori Analisis Wacana Kritis oleh vanDijk (1977)

Struktur Makro

Makna global daripada suatu teks yang dapat diamati daripada topik tema suatu teks

Superstruktur

Kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan

Struktur Mikro

Makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati Daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh suatu teks

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), terdapat beberapa teori yang telah digunakan antaranya teori analisis wacana kritis. Teori Analisis Wacana Kritis telah dibahagikan kepada beberapa elemen oleh VanDijk (1977) iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran. Dari segi makro, ia telah dianalisis dengan melihat makna global. Dari segi mikro pula menganalisis makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati daripada pilihan manakala superstruktur pula menganalisis kerangka suatu teks.

RUJUKAN 
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

BBM3410Satu2020 :TAKSONOMI STRATEGI KOMUNIKASI OLEH DORNYEI & SCOTT


Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997)

 Strategi Pengelakan atau Pengurangan

1. Pengabaian/ Peninggalan mesej

2. Pengolakan topik 

Achievement or Compensatory Strategies 

Pencapaian atau Strategi Panpasan

3. Parafrasa (Circumlocution) 

4. Penghampiran

5. Penggunaan perkataan semua tujuan 

6. Cipta perkataan baharu (Word-coinage)

7. Penstrukturan semula/ Penggunaan kaedah bukan bahasa (Use of non Linguistic means) 

8. Terjemahan literal 

9. Pengantarabangsaan 

10.Pertukaran kod 

11.Meminta pertolongan, penjelasan, pengesahan atau membuat tekaan/ Appeal for help Stalling Stalling or Time-gaining Strategies Penangguhan atau Strategi Tambahan Waktu 

12. Penggunaan perkataan yang tiada makna/Use of fillers/strategi penanda (hesitation devices)

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997) mempunyai beberapa strategi pengelakan dan pengurangan. Antara strategi yang dinyatakan oleh Normaliza Abd Rahim adalah pengolakan topik, terjemahan literal, pertukaran kod, dan sebagainya. 

RUJUKAN 
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

BBM3410Satu2020 : MANFAAT PENGGUNAAN INSTAGRAM



Daripada kesimpulan yang terdapat dalam bab 4, terdapat beberapa manfaat beberapa manfaat terhadap penggunaan instagram. Antaranya, membantu dalam pembelajaran merakam video, memberi peluang kepada pengguna lain melihat rutin harian, meningkatkan penggunaan teknologi, membantu mencipta sukatan pelajaran baharu, dan menyumbang kepada penggunaan Instagram dalan teknologi dengan cara yang betul. 

RUJUKAN
Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Ehh!! Media Sosial. Terengganu: Universiti     Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020 : RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG





Rumusan Keputusan dan Perbincangan.
Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), keputusan kajian terbahagi kepada tiga bahagian iaitu blog di dalam Pengajian Kesusasteraan, Blog dalam Pembelajaran Bahasa dan Blog dalam Pembelajaran Teknologi. Berdasarkan rajah-rajah di atas buku Media Sosial telah membicangkan tentang “Blog di dalam kelas Bahasa”. Blog merupakan salah satu medium perbincangan bertulis yang berbentuk formal atau tidak formal.. Blog-blog ini digunakan sebagai kegunaan peribadi contohnya diari atau jurnal. Terdapat beberapa kajian yang telah dilakukan bagi memperoleh maklumat tentang blog yang berkaitan dengan pengajian kesusteraan, pembelajaran bahasa, dan pembelajaran multimedia. Bagi rajah 6.1 adalah tentang kajian terhadap pengajian kesusteraan. Berdasarkan hasil kajian yang diperoleh terdapat beberapa genre kesusteraan yang digunakan oleh responden. Antaranya ialah puisi, cerpen, skrip drama, dan pantun. Kebanyakkan responden memelih salah satu genre tersebut untuk melakkan di dalam blog mereka. Bagi genre puisi, hasil kajian mendapati bahawa terdapat banyak responden wanita yang gemar menggunakan medium blog bagi menulis puisi. Peratus bagi responden wanita sebanyak 80% manakala responden lelaki sebanyak 66.7%. Selain itu, bagi cerpen pendek pula hasil kajian mendapati responden wanita lebih banyak menyatakan bahawa blog adalah medium yang sesuai untuk menulis cerpen pendek. Responden lelaki mahupun responden wanita berpendapat bahawa mereka menulis cerpen pendek untuk membaiki atau menambah baik penulisan. Seterusnya, terdapat 28 orang responden wanita bersamaan 93.3% dan 23 orang responden lelaki bersamaan 76.7%. menyatakan bahawa menulis skrip dengan menggunakan bahasa sasaran adalah sesuai bagi penulisan blog. Peratus bagi menulis skrip juga menunjukkan bahawa responden wanita lebih tinggi berbanding responden lelaki. Ini membuktikan bahawa responden lebih cendurung atau berminat untuk berkongsi idea dan pendapat di dalam blog mereka. Setelah dianalisis bahawa responden wanita lebih gemar dalam penghasilan sesebuah blog. Ini menunjukkan bahawa responden wanita lebih cendurung menulis berbanding responden lelaki yang tidak gemar menulis. Berdasarkan rajah 6.2 menunjukkan tentang penulisan blog dalam pembelajaran bahasa. Rajah tersebut menunjukkan bahawa penulisan blog juga dipilih sebagai alat dalam pembelajaran bahasa dalam kalangan responden. Kebanyakkan responden menyatakan pembelajaran bahasa dapat dipelajari melalui pemikiran kritis, penulisan surat, dan meluahkan perasaan. Kemudiannya, rajah 6.3 adalah tentang blog di dalam pembelajaran teknologi. Hasil dari kajian ini menunjukkan bahawa blog juga digunakan bagi pembelajaran teknologi. Kebanyakkan responden lelaki mahupun responden wanita menyetujui bahawa teknologi dapat memotivasikan mereka dalam mencuba benda baharu di dalam blog.  

RUJUKAN
Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Ehh!! Media Sosial. Terengganu: Universiti     Malaysia Terengganu.

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Assalamualaikum Prof. Sebelum saya nak hurai panjang-panjang saya nak mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Prof. Teri...