Friday, March 6, 2020

BBM3410Satu2020 : RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG





Rumusan Keputusan dan Perbincangan.
Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), keputusan kajian terbahagi kepada tiga bahagian iaitu blog di dalam Pengajian Kesusasteraan, Blog dalam Pembelajaran Bahasa dan Blog dalam Pembelajaran Teknologi. Berdasarkan rajah-rajah di atas buku Media Sosial telah membicangkan tentang “Blog di dalam kelas Bahasa”. Blog merupakan salah satu medium perbincangan bertulis yang berbentuk formal atau tidak formal.. Blog-blog ini digunakan sebagai kegunaan peribadi contohnya diari atau jurnal. Terdapat beberapa kajian yang telah dilakukan bagi memperoleh maklumat tentang blog yang berkaitan dengan pengajian kesusteraan, pembelajaran bahasa, dan pembelajaran multimedia. Bagi rajah 6.1 adalah tentang kajian terhadap pengajian kesusteraan. Berdasarkan hasil kajian yang diperoleh terdapat beberapa genre kesusteraan yang digunakan oleh responden. Antaranya ialah puisi, cerpen, skrip drama, dan pantun. Kebanyakkan responden memelih salah satu genre tersebut untuk melakkan di dalam blog mereka. Bagi genre puisi, hasil kajian mendapati bahawa terdapat banyak responden wanita yang gemar menggunakan medium blog bagi menulis puisi. Peratus bagi responden wanita sebanyak 80% manakala responden lelaki sebanyak 66.7%. Selain itu, bagi cerpen pendek pula hasil kajian mendapati responden wanita lebih banyak menyatakan bahawa blog adalah medium yang sesuai untuk menulis cerpen pendek. Responden lelaki mahupun responden wanita berpendapat bahawa mereka menulis cerpen pendek untuk membaiki atau menambah baik penulisan. Seterusnya, terdapat 28 orang responden wanita bersamaan 93.3% dan 23 orang responden lelaki bersamaan 76.7%. menyatakan bahawa menulis skrip dengan menggunakan bahasa sasaran adalah sesuai bagi penulisan blog. Peratus bagi menulis skrip juga menunjukkan bahawa responden wanita lebih tinggi berbanding responden lelaki. Ini membuktikan bahawa responden lebih cendurung atau berminat untuk berkongsi idea dan pendapat di dalam blog mereka. Setelah dianalisis bahawa responden wanita lebih gemar dalam penghasilan sesebuah blog. Ini menunjukkan bahawa responden wanita lebih cendurung menulis berbanding responden lelaki yang tidak gemar menulis. Berdasarkan rajah 6.2 menunjukkan tentang penulisan blog dalam pembelajaran bahasa. Rajah tersebut menunjukkan bahawa penulisan blog juga dipilih sebagai alat dalam pembelajaran bahasa dalam kalangan responden. Kebanyakkan responden menyatakan pembelajaran bahasa dapat dipelajari melalui pemikiran kritis, penulisan surat, dan meluahkan perasaan. Kemudiannya, rajah 6.3 adalah tentang blog di dalam pembelajaran teknologi. Hasil dari kajian ini menunjukkan bahawa blog juga digunakan bagi pembelajaran teknologi. Kebanyakkan responden lelaki mahupun responden wanita menyetujui bahawa teknologi dapat memotivasikan mereka dalam mencuba benda baharu di dalam blog.  

RUJUKAN
Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Ehh!! Media Sosial. Terengganu: Universiti     Malaysia Terengganu.

No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Assalamualaikum Prof. Sebelum saya nak hurai panjang-panjang saya nak mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Prof. Teri...