Friday, June 5, 2020

BBM3410Satu2020 : CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 4


Cerita sosial 4 mempunyai banyak nilai-nilai yang boleh kita contohi antaranya ialah nilai bertanggungjawab. Cerita sosial 4 telah memaparkan nilai tanggungjawab dimana Cikgu Anis bertanggungjawab dalam mendidik anak muridnya. Cikgu Anis telah bertanggungjawab dalam pendidikan anak-anak muridnya termasuklah pendididakan insaniah. Cikgu Anis telah mengajar anak -anak muridnya agar tidak menyusahkan ibu bapa. Cikgu Anis juga telah mengajar anak muridnya agar sentiasa berdikari. Hal ini demikian kerana, dengan berdikari anak muridnya  sedikit sebanyak dapat membantu kedua ibu bapa mereka. Selain itu, nilai yang terdapat cerita sosial 4 ialah nilai hormat menghormati. Alim merupakan seorang anak yang sangat menghormati kedua ibu bapanya. Ini dapat dilihat dimana Alim akan bersalaman dengan kedua ibu bapanya sebelum keluar rumah atau kesekolah. Bersalaman adalah amalan hormat menghormati yang harus dititikberatkan. Seterusnya, amalan berbudi bahasa dan perpaduan juga adalah nilai yang diperoleh daripada cerita sosial 4. Hal ini demikian kerana, amalan berbudi bahasa telah dilakukan oleh Alim. Beliau telah membawa kek cawan dan berkongsi bersama rakan kelas yang lain sempena hari jadinya. Amalan kongsi ini merupakan nilai budi bahasa yang sungguh tinggi. Amalan budi bahasa ini dapat melahirkan sebuah perpaduan yang baik. Cerita ini menunjukkan bahawa rakan sekelas Alim mempunyai nilai perpaduan yang tinggi. Oleh itu, mereka boleh berkongsi dan bergaul dengan baik antara satu sama lain.

Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Assalamualaikum Prof. Sebelum saya nak hurai panjang-panjang saya nak mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Prof. Teri...