Elemen asas grafik:
Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), terdapat beberapa elemen asas grafik bagi kegunaan kamera, video, dan sebagainya yang melibatkan bahan grafik. Terdapat lima elemen asas grafik iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian, dan keseimbangan.
1. Mudah
Mudah adalah elemen grafik yang harus digunakan bagi memudahkan seseorang untuk memahami sesuatu grafik. Sesuatu grafik yang ditonjolkan itu mestilah senang difahami agar tidak berlaku kekeliruan ketika seseorang melihat grafik tersebut.
2. Warna
Warna yang digunakan dalam gambar haruslah sesuai dengan keadaan gambar. Kombinasi warna mestilah betul agar seseorang yang melihat tidak serabut.
3. Teks
Teks digunakan bertujuan untuk memudahkan lagi seseorang untuk memahami sesuatu yang ingin disampaikan dalam gambar. Font yang digunakan bagi penulisan teks juga haruslah sesuai dengan gambar.
4. Kesesuaian
Setiap gambar haruslah bersesuaian dengan keadaan sekeliling seperti tempat dan sebagainya.
5. Keseimbangan
Elemen keseimbangan mementingkan keseimbangan ruang atas, bawah, kiri, dan kanan.
RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia
No comments:
Post a Comment