BAHAGIAN B : HURAIAN KEPENTINGAN RULE OF THIRDS
Rule of thirds merupakan
salah satu cara dalam menghasilkan sebuah gambar yang baik. Rule of thirds
adalah satu teknik fotografi yang sering diguna pakai oleh jurugambar.
Keseimbangan yang terhasil daripada rule of thirds ini menyebabkan gambar yang
diperoleh adalah sangat baik. Rule of thirds ini merupakan komposisi gambar
yang mempunyai sembilan bahagian. Kesemua bahagian dalam rule of thirds adalah
sama. Rule of thirds ini dapat meningkatkan teknik komposisi dan juga
keseimbangan imej dalam fotografi. Teknik ini dapat menghasilkan lebih tenaga
dan daya penarik jika dibandingkan dengan subjek yang berada di tengah. Gambar
yang baik adalah gambar yang diperoleh hasil daripada sesebuah komposisi.
Secara amnya, komposisi adalah elemen visual yang dapat menyediakan sebuah
gambar menarik. Ini menunjukkan bahawa rule of thirds adalah penting jika
menginginkan gambar yang menarik dan cantik. Selain itu, rule of thirds juga
penting kerana ianya dapat mengenal pasti beberapa bahagian penting sesebuah
imej ketika ingin membingkaikan imej. Ini menghasilkan empat garis berguna bagi
elemen dalam foto. Contoh gambar yang diambil adalah pemandangan, rule of
thirds boleh digunakan bagi mendapatkan titik cakarelawan dalam gambar
tersebut. Seterusnya jika mengambil gambar yang objeknya bergerak juga harus
menggunakan teknik rule of thirds. Hal ini demikian kerana, jika gambar yang
dihasilkan oleh rule of thirds menyebabkan gambar itu kelihatan stabil. Gambar
objek yang bergerak hasil daripada rule of thirds haruslah diambil mengikut
objek yang bergerak. Ini membantu dalam menghasilkan gambar bergerak kerana
rule of thirds dapat memberi bayangan terdapat gambar yang ingin diambil.
Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa.
Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia
No comments:
Post a Comment