Berdasarkan cerita sosial
2 terdapat tiga nilai yang saya peroleh. Antaranya, nilai berbudi bahasa, sikap
tolong menolong, dan perpaduan. Cerita sosial 2 telah menunjukkan nilai berbudi
bahasa dimana Sulaiman mengucapkan terima kasih terdapad Alim yang telah
memberinya buah-buahan. Amalan berbudi bahasa telah digambarkan bagi menunjukkan
bahawa amalam berbudi bahasa ini penting dalam kehidupan manusia. Selain itu,
nilai tolong menolong juga terdapat dalam cerita sosial 2 ini. Cerita sosial 2
telah menunjukkan sikap saling menolong dalam keluarga Alim. Sikap tolong
menolong ini telah dilakukan oleh adik beradiknya ketika mengemas rumah.
Akhirnya, nilai perpaduan juga tedapat dalam cerita sosial 2 ini dimana Alim
telah berkongsi buah-buahan bersama jirannya yang bernama Sulaiman. Sikap
berkongsi ini dapat menjaga perpaduan hidup berjiran kerana ini menunjukkan
perpaduan yang diperoleh oleh mereka adalah baik.
Rujukan:
Normaliza Abd Rahim
(2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi.Terengganu:
Universiti Malaysia Terengganu
No comments:
Post a Comment