Terdapat tiga nilai dalam
cerita sosial 3 ini. Antara nilai yang terdapat dalam cerita sosial 3 ini ialah
sikap tolong menolong. Cerita sosial 3 ini mencerikan kisah sebuah keluarga
yang saling tolong menolong antara satu sama lain. Contohnya, setiap hari Alim
sering menolong adik beradiknya iaitu Imran, Madinah, dan Aisyah mengemas
rumah. Selain itu, nilai berusaha juga terdapat dalam cerita sosial tiga ini.
Alim tetap berusaha mengemaskan rumahnya walaupun pada awalnya dia tidak ingin
menruskan pekerjaan tersebut tetapi setelah dinasihati oleh ibunya dia berusaha
mengemas sehingga habis. Akhirnya, nilai yang diperoleh dalam cerita sosial
tiga ini ialah bersabar. Alim telah belajar besabar ketika mengemas rumah. Setelah
dinasihati ibunya dia meneruskan mengemas walaupun dia akan keberataan. Berkat
kesabarannya dia meneruskan juga.
Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi
Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu