NYATAKAN PERBEZAAN KAJIAN DALAM BAB FACEBOOK DAN
TWITTER
JAWAPAN :-
Faceboon dan Twitter merupakan sebuah aplikasi media
sosial yang sangat terkenal pada era ini. Walaupun Facebook dan twitter
terkenal tetapi aplikasi tersebut mempunyai perbezaan. Facebook merupakan
tempat dimana dapat memudahkan guru-guru dalam menjalankan aktiviti
pembelajaran akan tetapi twitter merupakan medium yang sukar bagi guru-guru
untuk menguar-uarkan informasi kepada pelajar. Selain itu, kebanyakkan pengguna
twitter adalah golongan remaja manakala facebook kebanyaakkannya diakses
oleh golongan dewasa. Kebanyaakan golongan dewasa berpendapat facebook
lebih mudah diakses dan memperoleh maklumat berbanding di Twitter. Bagi golongan
pelajar mereka lebih gemar mengakses twitter berbanding facebook.
Seterusnya, aplikasi facebook juga dapat memudahkan komunikasi dua hala
kerana sistem aplikasi dalam facebook kini membolehkan mereka untuk bervideo. Kesimpulannya,
setiap aplikasi media sosial sama ada twitter atau facebook mempunyai faedahnya.
Oleh itu, sebagai masyarakat haruslah menggunakannya dengan betul yang membawa
kepada kebaikkan.
Rujukan:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019).
Eh!!!Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu