Friday, June 12, 2020

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM,2019)5


Terdapat 3 nilai murini dalam cerita sosial 5 ini. Cerita sosial 5 mempunyai pelbagai nilai murni yang boleh kita contohi. Antaranya nilai pemurah. Pemurah merupakan sifat yang dipunyai oleh Alim. Alim adalah seorang kanak-kanak lelaki yang sering berkongsi barangannya. Beliau sering berkongsi barang dengan jiran di sebelah rumahnya. Nilai pemurah yang dipunyai oleh menyebabkan ramai yang menyenanginya. Selain itu, nilai yang diperoleh daripada cerita sosial 5 ini ialah nilai bersabar. Alim telah dikenali dengan sifatnya yang pemurah bahkan Alim juga seorang yang sangat bersabar. Beliau tidak pernah merungut. Hal ini boleh dilihat ketika beliau demam. Beliau tidak pernah merungut kerana tak ingin menyusahkan keluarganya bahkan dia mengambil Tindakan dengan mendiamkan diri sahaja. Seterusnya, nilai kasih sayang juga terdapat dalam cerita sosial 5 ini. Nilai kasih sayang ini dapat dilihat dalam keluarga Alim yang mengajaganya ketika demam. Mereka akan menemani Alim di dalam bilik agar dia tidak begitu bosan.

Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu 

No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Assalamualaikum Prof. Sebelum saya nak hurai panjang-panjang saya nak mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Prof. Teri...