Wednesday, April 29, 2020

BBM3410Satu2020 : TUGASAN BUKU KAJIAN WACANA DAN STRATEGI KOMUNIKASI

BAHAGIAN A : STRATEGI KESOPANAN
Bald on-recond

Contoh:
Bersedia!
Dengar sini.
Berikan saya bakul besar itu. Lanpu itu berwarna hijau. Jemput masuk
Jemput  makan.

Kesopanan Positif

Contoh: Kamu nampak sugul. Boleh saya tolong?
Boleh saya pinjam seratus ringgit?
Saya ikut kamu ke hospital, jika kamu tidak keberatan.
Kesopanan Negatif

Mungkin dia yang mengambil kotak itu,
mungkin!
Tolong berikan saya pinggan putih itu.
Kalau begitu, sedikit arahan tidak diperlukan?
Membuang botol kosong merata-rata tidak dibenarkan.

Off-record 

Wah, semakin sejuk dalam bilik ini. 
Mahal betul harga kasut di sini.
Cantik baju kamu.
Strategi Kesopanan oleh Brown & Levinson (1987)

BAHAGIAN B :
Alim adalah seorang anak muda yang mempunyai hati yang baik dan sifat menyenangkan. Jika dia bersama orang disekelilingnya pasti orang tersebut tertambat hati kepada Alim. Hal ini demikian kerana, sifatnya yang baik hati itu memudahkan orang mendekatinya. Alim mempunyai empat orang adik beradik. Adik beradik Alim bernama Imran, Madinah, dan Aisyah. Kesemua adik beradiknya mempunyai hubungan yang sangat rapat bahkan mereka juga sangat rapat bersama kedua ibu bapa mereka. Keempat-empat orang adik beradik ini iaitu Alim, Imram, Madinah, dan Aisyah gemar akan buah- buahan. Pada suatu hari bapa mereka membawa pulang pelbagai buah-buahan kepada mereka. Sesungguhnya mereka sangat senang akan buah-buahan yang dibawa oleh bapanya itu. Buah-buah yang dibawa oleh bapanya ialah buah-buah tempatan seperti rambutan, durian, manggis, langsat, daku, dan sebagainya. Ibu keempat beradik ini sangat menitik beratkan kebersihan, dia telah menyediakan bakul sampah untuk dibuang sampah buah-buahan ke dalam bakul tersebut. Ibu juga telah menasihatkan Alim agar setiap rezeki yang diperoleh harus dikongsikan bersama-sama orang. Oleh itu, Alim telah meminta izin ibunya untuk memberi sedikit buah-buahan tersebut kepada kawannya yang bersama Sulaiman. Buah yang diberikan oleh Alim kepada Sulaiman menyebabkan Sulaiman sangat gembira. Setelah mendapat buah-buahan itu daripada Alim, Sulaiman mendapatkan keluarganya bagi berkongsi bersama. Ibu kepada Sulaiman telah mengucapkan terima kasih kepada Alim diatas pemberiannya itu. Sesungguhnya kesemua ahli keluarga Sulaiman sangat senang dengan pemberian itu.




Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Assalamualaikum Prof. Sebelum saya nak hurai panjang-panjang saya nak mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Prof. Teri...