Menulis
cerita secara individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses
penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan
juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat
mereka keberatan untuk menulis. (Normaliza Abd Rahim, 2014)
Pelajar
lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses
pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam
aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan
semasa proses pembelajaran. (Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017)
Huraian :-
Menurut Normaliza Abd Rahim, 2014 kebanyakkan pelajar
kini tidak menghasilkan penulisan kerana beberapa faktor. Antara faktor yang
dihadapi pelajar kini ialah kurangnya keyakinan diri ketika menulis. Kebanyakkan
pelajar kita kurang mengamalkan nilai membaca disebabkan itu mereka tidak mempunyai
ilmu pengetahuan yang luas. Perkara ini menyebabkan mereka tidak mempunyai
keyakinan kerana kurangnya pengetahuan. Mereka merasakan idea yang ingin
dikelola oleh mereka kurang menarik perhatian masyarakat yang membaca. Ini memberi
kesan yang besar kepada sesetengah golongan terutamanya generasi Y kini.
Menurut Normaliza Abd Rahim, 2014 juga pelajar kini kerrang menulis kerana
sering bersikap negatif terhadap karya mereka. Mereka sering merasakan karya
orang lain lebih baik dari karyanya. Ini menyebabkan mereka tidak menulis.
Masalah ini haruslah dibendung kerana masalah ini akan memberi kesan yang
mendalam terhadap dunia penulisan akan datang. Pihak-pihak yang
bertangguangjawab haruslah mencari inisiatif lain dalam menarik minat pelajar
kini. Contohnya, menyediakan platform seperti media sosial kepada pelajar-pelajar
ini untuk menghasilkan penulisan. Pihak tertentu boleh la membuat pertandingan penulisan
di media sosial seperti twitter dan sebagainya. Hal ini demikian kerana,
kebanyakkan pelajar kini lebih gemar bertwitter dengan itu dengan adanya
pertandingan seperti ini dapat menarik minat pelajar dalam mengembangkan
penulisannya. Selain itu, menurut Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim,
2017, menyatakan bahawa pelajar kini gemar melibatkan diri secara terus. Ini
sedikit sebanyak membantu pelajar fokus dalam pembelajarannya. Justeru aktiviti
secara terus ini juga dapat mengurangkan persefahaman ketika belajar. Mereka
boleh bertanya terus jika terdapat kesalahan hasil penulisan mereka.
Rujukan:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019).
Eh!!!Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
No comments:
Post a Comment