BAHAGIAN A : STRATEGI KESOPANAN
Bald
on-recond
Contoh:
Bersedia!
Dengar
sini.
Berikan
saya bakul besar itu. Lanpu itu berwarna hijau. Jemput masuk
Jemput makan.
|
Kesopanan
Positif
Contoh:
Kamu nampak sugul. Boleh saya tolong?
Boleh
saya pinjam seratus ringgit?
Saya
ikut kamu ke hospital, jika kamu tidak keberatan.
|
Kesopanan
Negatif
Mungkin
dia yang mengambil kotak itu,
mungkin!
Tolong
berikan saya pinggan putih itu.
Kalau
begitu, sedikit arahan tidak diperlukan?
Membuang
botol kosong merata-rata tidak dibenarkan.
|
Off-record
Wah,
semakin sejuk dalam bilik ini.
Mahal
betul harga kasut di sini.
Cantik
baju kamu.
|
Strategi Kesopanan oleh Brown & Levinson (1987)
BAHAGIAN B :
Alim adalah seorang anak
muda yang mempunyai hati yang baik dan sifat menyenangkan. Jika dia bersama
orang disekelilingnya pasti orang tersebut tertambat hati kepada Alim. Hal ini
demikian kerana, sifatnya yang baik hati itu memudahkan orang mendekatinya.
Alim mempunyai empat orang adik beradik. Adik beradik Alim bernama Imran,
Madinah, dan Aisyah. Kesemua adik beradiknya mempunyai hubungan yang sangat
rapat bahkan mereka juga sangat rapat bersama kedua ibu bapa mereka.
Keempat-empat orang adik beradik ini iaitu Alim, Imram, Madinah, dan Aisyah
gemar akan buah- buahan. Pada suatu hari bapa mereka membawa pulang pelbagai
buah-buahan kepada mereka. Sesungguhnya mereka sangat senang akan buah-buahan
yang dibawa oleh bapanya itu. Buah-buah yang dibawa oleh bapanya ialah
buah-buah tempatan seperti rambutan, durian, manggis, langsat, daku, dan
sebagainya. Ibu keempat beradik ini sangat menitik beratkan kebersihan, dia
telah menyediakan bakul sampah untuk dibuang sampah buah-buahan ke dalam bakul
tersebut. Ibu juga telah menasihatkan Alim agar setiap rezeki yang diperoleh
harus dikongsikan bersama-sama orang. Oleh itu, Alim telah meminta izin ibunya
untuk memberi sedikit buah-buahan tersebut kepada kawannya yang bersama
Sulaiman. Buah yang diberikan oleh Alim kepada Sulaiman menyebabkan Sulaiman
sangat gembira. Setelah mendapat buah-buahan itu daripada Alim, Sulaiman
mendapatkan keluarganya bagi berkongsi bersama. Ibu kepada Sulaiman telah
mengucapkan terima kasih kepada Alim diatas pemberiannya itu. Sesungguhnya
kesemua ahli keluarga Sulaiman sangat senang dengan pemberian itu.
Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi
Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu