Friday, February 28, 2020

BBM3410Satu2020 : MODEL PENCERITAAN NILAI SOSIAL KANAK-KANAK


Model Penceritaan Nilai Sosial Cerita Kanak-kanak

[1] Keluarga 

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka

Aku mempunyai sebuah kelurga yang sangat menghormati antara satu sama lain. Amalan hormat menghormati itu sering kali kami gunakan agar keluargaku tidak memandang remeh antara satu sama lain. Aku dan adik beradikku sering kali bangun di pagi hari. Ibu bapa kami sangat tegas dalam mendidik kami terutamanya bangun di pagi hari. Setiap pagi kami akan membantu kedua ibu kami. Pertolongan yang sering kami lakukan terhadap kedua ibu bapa kami adalah dengan mengemas rumah, mencuci pakaian, membasuh pinggan, memasak, dan sebagainya. Kami membantu kedua ibu bapa kami agar dapat merengankan beban mereka yang seharian mencari rezeki kepada kami. Kami akan membantu kedua ibu bapa kami sehingga larut malam. Ibu bapaku sering kali menasihati kami agar kami sentiasa menjaga budi pekerti. Mereka mengajar kami tentang kesopanan dan bertolak ansur. Nasihat mereka itu sering kami gunakan kerana kami tahu di setiap nasihat mereka pasti ada kebaikannya. Aku dan adik beradik mempunyai hubungan yang sangat akrab. Kami sering bersama dalam menempuh setiap cobaan hidup. Ya! mereka yang selalu ada. Mereka memberi semangat jika terdapat masalah. Mereka juga tidak segan menghulurkan bantuan jika terdapat masalah. Sesungguhnya aku sangat menyayanyi kesemua ahli keluarga ku. Benarlah kata orang keluarga ibarat nyawa yang harus dijaga bagai menatang minyak yang penuh kerana mereka sahaja yang akan sentiasa bersama sehingga ke hujung nyawa.

No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Assalamualaikum Prof. Sebelum saya nak hurai panjang-panjang saya nak mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Prof. Teri...