Friday, February 21, 2020

KELUARGA SAYA



Cantik kebaya dipandang mata, 
sayang kainnya terkoyak ditepi,
kasih ibu membawa ke syurga,
kasih bapa kekal abadi. 

Assalamualaikum~

Gambar di atas ini adalah gambar keluarga saya.  Seperti yang semua tahu nama saya Aqilah Hanis. Saya mempunyai sebuah keluarga yang sangat bahagia. Kasih sayang keluarga sentiasa terpahat di sanubari hati ini. Sebelum itu marilah saya kenalkan dengan kesemua ahli keluarga. Saya mepunyai seorang ayah yang sangat penyayang. Namanya Rutaza Bin Amat. Dia berumur 59 tahun. Ermm! sudah berusia ayah saya. Walaupun dia sudah berusia tetapi ayah sentiasa aktif. Pelbagai aktiviti yang dia lakukan jika terdapat masa luang. Antaranya memancing, menanam, dan sebagainya. Ayah juga seorang yang kuat membebel walaupun dia kuat membebel kami tetap menyayanginya. Sebab kami tahu bebelan itu juga yang buat kami adik beradik rindukan. Baiklah seterusnya ibu saya. Nama ibu saya Nor Aisyah Binti Awang@Hashim. Ibu saya berumur 51 tahun. Nama panggilan ibu saya jika dirumah ialah mama. Ya mama. Mama seseorang sosok yang sangat saya cintai. Dia ibarat nyawa bagi saya. Mama sangat penyayang dan juga menghiburkan. Mama sentiasa mendengarkan isi luahan hati saya. Dia sentiasa menjadi penyejuk kepada anak-anaknya jika kami adik beradik bergaduh. Ohh tidak lupa juga saya mempunyai dua orang abang dan saya adalah anak bongsu. Abang pertama saya bernama Muhammad Aiman Arif. Dia berumur 27 tahun. Maaf ya rakan-rakan dia sudah berpunya. Nama panggilan abang sulong saya ialah along. Ermm along dia sangat baik orangnya. Along mempunyai sifat yang pemurah dengan keluarganya. Walaupun mulutnya agak lancang tetapi di sudut hatinya kami tahu dia sangat menyanyai adik-adiknya. Ramai orang kata muka along seiras dengan arwah abam. Mula-mula saya tidak mengakuinya tatapi jika dilihat dengan teliti saya mengakuinya. Saya mempunyai lagi seorang abang. Dia bernama Muhammad Luqman Hakim. Cantikkan nama diberi olehnya. Mama ada menceritkan nama diambil sempena nama yang terdapat dalam Al-Quran. Nama panggilannya dirumah adalah acik. Acik seseorang sosok yang sangat pendim. Jika ingin berkomunikasi dengannya kita sendiri yang kena mulakan terlebih dahulu. Baiklah itu sahaja cerita tentang keluarga saya. Nanti kita sambung lagi ya. 

No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Assalamualaikum Prof. Sebelum saya nak hurai panjang-panjang saya nak mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Prof. Teri...