Friday, January 8, 2021

BBN3402SATU2020 : MINGGU11 HURAIAN TESIS

 



Masihkah Kau Ingat?

1. Menulis dan mengolah semula dengan menggunakan ayat sendiri

(Jangan menyalin (copy paste) daripada artikel atau buku).

Huraian:

Penulisan tesis merupakan karya asli yang ditulis oleh pengkaji. Oleh itu, pengkaji haruslah menghasilkan ayat tanpa meniru daripada mana-mana jurnal. Jurnal orang lain boleh dijadikan sebagai rujukan sahaja bukan menyalin ayat daripada artikel tersebut.

 

 2. Menggunakan Turnitin atau tool yang lain sebelum membuat penghantaran kepada penyelia atau jurnal.

Huraian:

Pelajar haruslah menggunakan aplikasi seperti Turnitin atau aplikasi lain untuk melihat peratus plagiat yang terdapat pada tesis sebelum dihantar kepada penyelia.

 

3. Membuat rujukan daripada rujukan utama. Elakkan banyak merujuk rujukan sekunder.

Huraian:

Pelajar mestilah merujuk bahan-bahan yang diiktiraf atau mempunyai kandungan yang lebih bersifat ilmiah kerana bahan-bahan tersebut lebih sahih kerana terdapat sarjana yang menyokongnya.

 

4. Membaca banyak artikel terkini supaya lebih memahami tentang kajian yang ingin dijalankan (minimum 50 artikel).

Huraian:

Pelajar mestilah merujuk artikel-artikel terbaru seperti lima tahun kebelakang sebelum tarikh tesis dihantar ke penyelia. Hal ini demikian kerana, untuk mendapatkan kelompongan yang berlaku dalam permasalahan kajian. Jika mencari artikel daripada tahun yang agak lama, maka masalah tersebut telah diselesaikan oleh beberapa pengkaji.

 

 

5. Menghadiri seminar atau persidangan supaya mendapat input tentang kajian yang berkaitan.

            Huraian:

Pelajar haruslah turun padang dengan pergi ke seminar atau persidangan agar mendapat data yang diinginkan. Ini memudakan pelajar dalam proses pengumpulan maklumat mengenai tajuk tesis.

 

6. Berbincang dengan penyelia tentang penyelidikan yang dijalankan. Elakkan daripada berbincang dengan pelajar lain kerana pelajar bukan pakar dalam bidang.

Huraian:

Pelajar haruslah berbincang dengan penyelia mengenai tajuk kajian yang dilakukan. Hal ini kerana, penyelia lebih arif dalam bidang tersebut maka dia mampu memberikan saranan terbaik kepada pelajarnya. Oleh itu, pelajar haruslah mengelak untuk berbincang dengan rakan yang lain kerana setiap pelajar mempunyai tajuk yang berbeza dan tidak menguasai tajuk kita.

 

7. Jumlah halaman (lebih kurang) bagi Bab 1 (10-12 halaman), Bab 2 (30 halaman - bacelor dan Master, 50 halaman - PhD), Bab 3 (10 - 12 halaman), Bab 4 (40 halaman bagi setiap objektif dan Bab 5 (8-12 halaman).

Huraian:

Pelajar haruslah mengikuti jumlah halaman yang telah disarankan. Hal ini demikian kerana, untuk mengelakkan daripada termasuk kedalam bab yang lain. Jika pelajar melebihi jumlah halaman yang diberikan besar kemungkinan dia telah menghuraikan bab yang tiada kaitan dalam bab tersebut. Contoh pelajar gemar menghuraikan pengenalan seraca panjang lebar sehingga termasuk latar belakang.

 

8. Keseluruhan tesis seharusnya mempunyai lebih kurang maksimum 80 halaman (bacelor), 81-150 (Master) dan 151-240 (PhD). *Tertakluk kepada kehendak pensyarah, fakulti dan universiti.

Huraian:

Pelajar mestilah mengikuti jumlah halaman bagi keseluruhan tesis yang diberikan oleh setiap fakulti, pensyarah, dan universiti. Hal ini demikian kerana, setiap fakulti mempunyai perbezaan jumlah halaman terhadap tesis.

 

9. Membuat perancangan atau jadual untuk sepanjang tempoh pengajian.

Huraian:

Menyediakan jadul dan merancang sebaiknya dalam penyediaan tesis agar pelajar dapat mengikuti syarat-syarat yang diberikan oleh pihak fakulti dengan sebaiknya.


RUJUKAN:


Normaliza Abd Rahim (2019), Jom Tulis Tesis. Penerbit Universiti Putra Malaysia


KEHADIRAN MINGGU KESEBELAS


No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Assalamualaikum Prof. Sebelum saya nak hurai panjang-panjang saya nak mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Prof. Teri...