Friday, February 21, 2020

BBM3410Satu2020 : CERITA SOSIAL 2 - BUKU WACANA PROF. DR. NORMALIZA ABD RAHIM

Assalamualaikum~

Alim merupakan seorang penggemar buah-buahan tempatan. Alim mempunyai beberapa orang adik beradik. Adik beradik Alim bernama Imran, Madinah, dan Aisyah. Alim dan adik beradinya mempunyai satu sifat yang sama. Sifat itu diketahui oleh bapa mereka. Sifat itu adalah menggemari buah-buahan tempatan. Pada suatu hari bapa telah membeli beberapa buah dari pasar tani. Buah - buahan yang dibeli bapa ialah rambutan, durian, manggis, langsat, duku, dan sebagainya. Rumah mereka ibarat sedang mengadakan pesta buah-buahan. Ibu telah berpesan kepada anak-anaknya untuk membuang segala sampah makanan ke dalam tong sampah yang telah disediakan olehnya. Ibu juga pernah berpesan untuk sentiasa berkongsi makanan atau barang dengan orang kerana amalan itu merulakan amalan yang mulia. Amalan tersebut sentiasa diingati oleh Alim dan itu menyebabkan ibunya terharu kerana anaknya mengingati pesannya itu. Alim ingin berkongsi buah-buahan bersama rakannya Sulaiman. Setelah selasai makan Alim telah membantu abang Imram, kak Madinah, ibu, dan bapa mengemas segala sampah buah-buahan. Ketika Alim membuang sampah di dalam tong sampah besar di luar rumah dia telah terserempak dengan ibu Sulaiman iaitu Mak cik Timah. Mak cik Timah telah berterima kasih dengan Alim kerana memberikan buah-buahan kepada Sulaiman dan Mak cik Timah berterima kasih kerana Alim sudi berkawan dengan anaknya Sulaiman.

RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2014). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.               Terengganu : Universiti Malaysia Terengganu.



No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Assalamualaikum Prof. Sebelum saya nak hurai panjang-panjang saya nak mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Prof. Teri...