Friday, February 14, 2020

BBM3410Satu2020 : SINOPSIS CERITA SOSIAL 1

Alim merupakan seorang kanak-kanak yang menyukai ayam dan itik. Dia merupakan anak bongsu, Alim mempunyai dua orang adik beradik iaitu kakak dan abang. Kakak Alim bernama Madinah manakala abang Alim pula bernama Imran. Alim mempunyai kampung halaman yang didiami oleh datuk dan neneknya. Alim merupakan cucu yang rapat dengan datuk dan neneknya tetapi Alim jarang pulang ke kampung akibat kesibukan kedua ibu bapanya. Jika mempunyai masa untuk pulang ke kampung Alim sangat gembira. Hal ini demikian kerana, Alim sangat menyukai akan suasana kampung. Alim gemar bermain dengan ayam dan itik ketika pulang ke kampung. Pada suatu hari, ketika Alim pulang ke kampung dengan girangnya, tiba-tiba ayam dan itik tiada. Dia berasa kecewa dan menangis akibat ketiadaan ayam dan itik. Nenek dan datuk terkejut melihat keadaan Alim yang begitu sedih dan ini menyebabkan nenek dan datuk berasa sayu melihat keadaan Alim. Disebabkan kesedihan Alim, nenek dan datuk serta ibu dan bapa Alim cuba membuatnya bahagia.

RUJUKAN

Normaliza Abd Rahim (2014). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.               Terengganu : Universiti Malaysia Terengganu.


1 comment:

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Assalamualaikum Prof. Sebelum saya nak hurai panjang-panjang saya nak mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Prof. Teri...