- Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca
- Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca.
- Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk menghuraikan penulisan data.
- Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
- Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.
- Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
- Dapat dibaca dan difahami.
- Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
- Memasukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.
- Berilmu untuk penulisan pendidikan.
Cara
membuat blogspot yang menarik memerlukan tajuk yang dapat menarik perhatian
seseorang pembaca. Penceritaan yang menarik dalam sesebuah blogspot menyebabkan
seseorang pembaca tertarik hati untuk membacanya. Penulis mestilah memasukkan
unsur humor atau jenaka dalam menghuraikan sesuatu cerita. Penulisan
yang bagus adalah penulisan yang mempunyai hujah menarik. Selain itu, penulis
juga seharusnya mengaitkan sesebuah penulisan dengan berita terkini agar penulisan
itu dapat dirasai oleh pembaca dengan lebih dekat. Penulis juga mestilah
menggunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas agar pembaca mudah untuk
membaca dan memahami penulisan tersebut. Seorang penulis mestilah membuat
hubungan dua hala dengan pembaca. Hubungan dua hala adalah seperti berkomunikasi
dengan pembaca. Komunikasi yang baik antara pembaca dengan penulis boleh
membantu seseorang penulis menyediakan sebuah penulisan yang lebih baik. Hal
ini demikian kerana, jika penulis mempunyai hubungan yang baik dengan pembaca,
penulis dapat mengetahui apa yang harus dibaiki dalam penulisannya. Penulis
juga mestilah memasukkan nilai-nilai moral dan estetika dalam sesebuah penulisan.
Dengan adanya nilai moral menunjukkan bahawa penulisan ini bersifat positif.
Penulisan pendidikan yang ditulis oleh penulis dapat menambah ilmu pengetahuan
seseorang pembaca.
RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2014). Learning Through Blog Writing: Embracing the Technology. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.
Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Ehh!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.
No comments:
Post a Comment