Wednesday, December 16, 2020

BBN3402SATU2020 : MINGGU6 PROF DI UK


Prof. Dr. Normaliza ketika berada di negara United Kingdom mempunyai banyak pengalaman. Keberadaannya di UK adalah untuk memenuhi keperluan pembelajaran. Semasa di UK pengalamannya ialah beliau akan mencari tempat tinggal yang berdekatan dengan kedai Pakistan. Hal ini demikian kerana, untuk memudahkan proses pencarian makanan halal. Semasa beliau pertama kali menjejakkan kaki di kawasan perumahan yang berdekatan dengan kedai Pakistan, beliau sangat terkejut kerana terdapat banyak komuniti Melayu. Komuniti Melayu tersebut menyebabkan beliau berasa bangga kerana terdapat ramai rakyat Malaysia disana. Selain itu, pengalaman yang diperoleh oleh beliau adalah sapaan beliau telah diabaikan oleh rakyat Malaysia yang ditemuinya. Ketika beliau pergi ke kedai beliau telah terjumpa dengan salah sorang rakyat Malaysia. Disebabkan telalu bangga dia menyapa rakyat tersebut tetapi malangnya sapaannya tidak diendahkan. Sejak daripada itu beliau belajar bahwa tidak semua orang suka atau selesa ketika disapa. Seterusnya, pengalaman yang pernah dialami oleh Prof. Dr. Normaliza ketika belajar di UK adalah beliau pernah dimarahi oleh warga Inggeris yang sedang mabuk. Orang Inggeris tersebut memarahinya dengan mengatakan "GO BACK TO YOUR COUNTRY" . Keadaan orang Inggeris tersebut sungguh menyeramkan sehingga menyebabkan Prof terus pulang ke rumahnya. Kesimpulannya, berbangga dan hargailah negara kita kerana negara kita merupakan tempat yang paling aman dan selesa. 


Kehadiran minggu keenam. Bukti bahawa tugasan ini diberikan sebagai tanda kehadiran.


No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Assalamualaikum Prof. Sebelum saya nak hurai panjang-panjang saya nak mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Prof. Teri...