Thursday, May 7, 2020

BBM3410Satu2020 : BAB 7 ISU DALAM RANGKAIAN SOSIAL DALAM KALANGAN PENGGUNA



Rujukan:

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!!Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 3


Terdapat tiga nilai dalam cerita sosial 3 ini. Antara nilai yang terdapat dalam cerita sosial 3 ini ialah sikap tolong menolong. Cerita sosial 3 ini mencerikan kisah sebuah keluarga yang saling tolong menolong antara satu sama lain. Contohnya, setiap hari Alim sering menolong adik beradiknya iaitu Imran, Madinah, dan Aisyah mengemas rumah. Selain itu, nilai berusaha juga terdapat dalam cerita sosial tiga ini. Alim tetap berusaha mengemaskan rumahnya walaupun pada awalnya dia tidak ingin menruskan pekerjaan tersebut tetapi setelah dinasihati oleh ibunya dia berusaha mengemas sehingga habis. Akhirnya, nilai yang diperoleh dalam cerita sosial tiga ini ialah bersabar. Alim telah belajar besabar ketika mengemas rumah. Setelah dinasihati ibunya dia meneruskan mengemas walaupun dia akan keberataan. Berkat kesabarannya dia meneruskan juga. 


Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu


BBM3410Satu2020 : KEPENTINGAN ASAS GRAFIK (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)







Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia


Friday, May 1, 2020

BBM3410Satu2020 : MEDIA SOSIAL GAMBARAN KESELURUHAN







Rujukan:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!!Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu



BBM3410Satu2020 : CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 2


Berdasarkan cerita sosial 2 terdapat tiga nilai yang saya peroleh. Antaranya, nilai berbudi bahasa, sikap tolong menolong, dan perpaduan. Cerita sosial 2 telah menunjukkan nilai berbudi bahasa dimana Sulaiman mengucapkan terima kasih terdapad Alim yang telah memberinya buah-buahan. Amalan berbudi bahasa telah digambarkan bagi menunjukkan bahawa amalam berbudi bahasa ini penting dalam kehidupan manusia. Selain itu, nilai tolong menolong juga terdapat dalam cerita sosial 2 ini. Cerita sosial 2 telah menunjukkan sikap saling menolong dalam keluarga Alim. Sikap tolong menolong ini telah dilakukan oleh adik beradiknya ketika mengemas rumah. Akhirnya, nilai perpaduan juga tedapat dalam cerita sosial 2 ini dimana Alim telah berkongsi buah-buahan bersama jirannya yang bernama Sulaiman. Sikap berkongsi ini dapat menjaga perpaduan hidup berjiran kerana ini menunjukkan perpaduan yang diperoleh oleh mereka adalah baik.

Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi.Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

BBM3410Satu2020 : RULE OF THIRDS ( NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)



Minggu keenam ini kami telah menggunakan medium sosial media iaitu Facebook dalam menyempurkan tugasan kami. Medium Facebook ini kami gunakan dengan menerangkan kepentingan Rule of Thirds ketika berswafoto kepada rakan-rakan follower kami. Username yang telah saya gunakan bagi tugasan minggu keenam ini ialah “Aqilah Hanis”. Saya harap dengan hasil penerangan saya difacebook dapat membatu follower-follower saya dalam menghasilkan sebuah gambar yang mengikut teknik fotografi yang sebenar.


Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia

Wednesday, April 29, 2020

BBM3410Satu2020 : TUGASAN BUKU KAJIAN WACANA DAN STRATEGI KOMUNIKASI

BAHAGIAN A : STRATEGI KESOPANAN
Bald on-recond

Contoh:
Bersedia!
Dengar sini.
Berikan saya bakul besar itu. Lanpu itu berwarna hijau. Jemput masuk
Jemput  makan.

Kesopanan Positif

Contoh: Kamu nampak sugul. Boleh saya tolong?
Boleh saya pinjam seratus ringgit?
Saya ikut kamu ke hospital, jika kamu tidak keberatan.
Kesopanan Negatif

Mungkin dia yang mengambil kotak itu,
mungkin!
Tolong berikan saya pinggan putih itu.
Kalau begitu, sedikit arahan tidak diperlukan?
Membuang botol kosong merata-rata tidak dibenarkan.

Off-record 

Wah, semakin sejuk dalam bilik ini. 
Mahal betul harga kasut di sini.
Cantik baju kamu.
Strategi Kesopanan oleh Brown & Levinson (1987)

BAHAGIAN B :
Alim adalah seorang anak muda yang mempunyai hati yang baik dan sifat menyenangkan. Jika dia bersama orang disekelilingnya pasti orang tersebut tertambat hati kepada Alim. Hal ini demikian kerana, sifatnya yang baik hati itu memudahkan orang mendekatinya. Alim mempunyai empat orang adik beradik. Adik beradik Alim bernama Imran, Madinah, dan Aisyah. Kesemua adik beradiknya mempunyai hubungan yang sangat rapat bahkan mereka juga sangat rapat bersama kedua ibu bapa mereka. Keempat-empat orang adik beradik ini iaitu Alim, Imram, Madinah, dan Aisyah gemar akan buah- buahan. Pada suatu hari bapa mereka membawa pulang pelbagai buah-buahan kepada mereka. Sesungguhnya mereka sangat senang akan buah-buahan yang dibawa oleh bapanya itu. Buah-buah yang dibawa oleh bapanya ialah buah-buah tempatan seperti rambutan, durian, manggis, langsat, daku, dan sebagainya. Ibu keempat beradik ini sangat menitik beratkan kebersihan, dia telah menyediakan bakul sampah untuk dibuang sampah buah-buahan ke dalam bakul tersebut. Ibu juga telah menasihatkan Alim agar setiap rezeki yang diperoleh harus dikongsikan bersama-sama orang. Oleh itu, Alim telah meminta izin ibunya untuk memberi sedikit buah-buahan tersebut kepada kawannya yang bersama Sulaiman. Buah yang diberikan oleh Alim kepada Sulaiman menyebabkan Sulaiman sangat gembira. Setelah mendapat buah-buahan itu daripada Alim, Sulaiman mendapatkan keluarganya bagi berkongsi bersama. Ibu kepada Sulaiman telah mengucapkan terima kasih kepada Alim diatas pemberiannya itu. Sesungguhnya kesemua ahli keluarga Sulaiman sangat senang dengan pemberian itu.




Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

BBM3410Satu2020 : TUGASAN BUKU MULTIMEDIA DALAM BAHASA

BAHAGIAN A : PETA MINDA TENTANG JENIS SHOT



BAHAGIAN B : HURAIAN KEPENTINGAN RULE OF THIRDS

Rule of thirds merupakan salah satu cara dalam menghasilkan sebuah gambar yang baik. Rule of thirds adalah satu teknik fotografi yang sering diguna pakai oleh jurugambar. Keseimbangan yang terhasil daripada rule of thirds ini menyebabkan gambar yang diperoleh adalah sangat baik. Rule of thirds ini merupakan komposisi gambar yang mempunyai sembilan bahagian. Kesemua bahagian dalam rule of thirds adalah sama. Rule of thirds ini dapat meningkatkan teknik komposisi dan juga keseimbangan imej dalam fotografi. Teknik ini dapat menghasilkan lebih tenaga dan daya penarik jika dibandingkan dengan subjek yang berada di tengah. Gambar yang baik adalah gambar yang diperoleh hasil daripada sesebuah komposisi. Secara amnya, komposisi adalah elemen visual yang dapat menyediakan sebuah gambar menarik. Ini menunjukkan bahawa rule of thirds adalah penting jika menginginkan gambar yang menarik dan cantik. Selain itu, rule of thirds juga penting kerana ianya dapat mengenal pasti beberapa bahagian penting sesebuah imej ketika ingin membingkaikan imej. Ini menghasilkan empat garis berguna bagi elemen dalam foto. Contoh gambar yang diambil adalah pemandangan, rule of thirds boleh digunakan bagi mendapatkan titik cakarelawan dalam gambar tersebut. Seterusnya jika mengambil gambar yang objeknya bergerak juga harus menggunakan teknik rule of thirds. Hal ini demikian kerana, jika gambar yang dihasilkan oleh rule of thirds menyebabkan gambar itu kelihatan stabil. Gambar objek yang bergerak hasil daripada rule of thirds haruslah diambil mengikut objek yang bergerak. Ini membantu dalam menghasilkan gambar bergerak kerana rule of thirds dapat memberi bayangan terdapat gambar yang ingin diambil.





Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia

BBM3410Satu2020 : PENGENALAN BAB2 TWITTER DAN TREND TERKINI


Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis. (Normaliza Abd Rahim, 2014)

Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran. (Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017)
Huraian :-
Menurut Normaliza Abd Rahim, 2014 kebanyakkan pelajar kini tidak menghasilkan penulisan kerana beberapa faktor. Antara faktor yang dihadapi pelajar kini ialah kurangnya keyakinan diri ketika menulis. Kebanyakkan pelajar kita kurang mengamalkan nilai membaca disebabkan itu mereka tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang luas. Perkara ini menyebabkan mereka tidak mempunyai keyakinan kerana kurangnya pengetahuan. Mereka merasakan idea yang ingin dikelola oleh mereka kurang menarik perhatian masyarakat yang membaca. Ini memberi kesan yang besar kepada sesetengah golongan terutamanya generasi Y kini. Menurut Normaliza Abd Rahim, 2014 juga pelajar kini kerrang menulis kerana sering bersikap negatif terhadap karya mereka. Mereka sering merasakan karya orang lain lebih baik dari karyanya. Ini menyebabkan mereka tidak menulis. Masalah ini haruslah dibendung kerana masalah ini akan memberi kesan yang mendalam terhadap dunia penulisan akan datang. Pihak-pihak yang bertangguangjawab haruslah mencari inisiatif lain dalam menarik minat pelajar kini. Contohnya, menyediakan platform seperti media sosial kepada pelajar-pelajar ini untuk menghasilkan penulisan. Pihak tertentu boleh la membuat pertandingan penulisan di media sosial seperti twitter dan sebagainya. Hal ini demikian kerana, kebanyakkan pelajar kini lebih gemar bertwitter dengan itu dengan adanya pertandingan seperti ini dapat menarik minat pelajar dalam mengembangkan penulisannya. Selain itu, menurut Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017, menyatakan bahawa pelajar kini gemar melibatkan diri secara terus. Ini sedikit sebanyak membantu pelajar fokus dalam pembelajarannya. Justeru aktiviti secara terus ini juga dapat mengurangkan persefahaman ketika belajar. Mereka boleh bertanya terus jika terdapat kesalahan hasil penulisan mereka.




Rujukan:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!!Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu


BBM3410Satu2020: TWITTER (CERITA PENDEK)






Rujukan:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!!Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu










Monday, April 27, 2020

BBM3410Satu2020 : PPT 1 DAN 2 MULTIMEDIA DALAM BAHASA


Bab 1 - Pekaka Bercerita : Animasi dan Lagu Cerita Rakyat Melayu


Bab 2 - Konflik Nilai Melalui Teknologi Animasi



Markah hasil daripada tugasan minggu 7 yang diberikan oleh ProfDrN



BBM3410Satu2020: PROF LIKE IG


Assalamualaikum semua....
Rasanya dah lama diri ini tidak menggunakan jari jemari ini untuk menaip...Hehehehe setelah sekian lama menunggu tak sangka Prof Dr Normaliza like gambar-gambar diri ini dekat Instagram. Prof ada kata dia jarang like gambar-gambar kalau dia like silalah screenshot dah masukkan kat blog. Mula-mula aku agak terkejut jugak la sebab ingatkan Prof tak like gambar aku sekali bukak-bukak Instagram dia like gambar aku. Teruja gila rakan-rakan...
#sishappydapatlike
#terimakasihprofdrn
#sayangprofdrn

Tuesday, March 24, 2020

BBM3410Satu2020 : SIMPULAN BAHASA

Minggu lepas kami telah mengambil beberapa gambar dengan mengikuti simpulan bahasa yanh telah kesemua ahli kumpulan kami pilih... Antara simpulan bahasa yang telah kami pilih ialah :- 
1. Qila📍Kepala angin
2. Pika📍Hati batu
3. Dilla📍Juling air
4. Nina📍Berat sebelah
5. Emmy📍Puteri lilin
6. Syida📍Kaki botol
7. Haziq📍Kacang hantu
8. Abidin📍Tangan terbuka
9. Zul📍Peluk tubuh

Nama ahli kumpulan :-
Pengarah : Abidin Bin Abdul Rahman 
P.Pengarah : Noor Emmywatie Bin Kasiman
Jurugambar : Nurul Rasyidah Binti Rosmadi & Nursyafika Binti Rapol
Editor : Nur Aqilah Hanis Binti Rutaza
P.Editor : Ardilla Binti Muhammad Asri
Prop : Nur Husnina Binti Ramlan & Muhammad Haziq Bin Sahari 
Teknikal : Muhammad Zulfadhli Bin Zakaria

Monday, March 16, 2020

BBM3410Satu2020 : JENIS-JENIS FLATLAY


Gambar-gambar dalam video ini kami telah menggunakan elemen-elemen flatlay. Gambar-gambar yang terdapat dalam video ini kami gunakan kaedah flatlay, half flatlay, zero flatlay, dan quarte flatlay. Flatlay kami menggunakan sudut 90 darjah. Half flatlay kami menggunakan sudut 45 darjah manakala quarte flatlay 22.5 darjah. Kesemua gambar ini kami menggunakan angle yg telah ditetapkan. Dari kaedah ini kami dapat membezakan kesemua jenis-jenis flatlay dan diterapkan kedalam video kami. 

Thursday, March 12, 2020

BBM3410Satu2020: Asas Fotografik



Dalam menghasilkan video ini, terdapat banyak pengalaman yang telah kami lalui. Saya sebagai pengarah telah memberi arahan kepada anak buah saya untuk bekerjasama dalam menghasilkan sebuah gambar yang cantik dan juga sebuah video yang menarik. Kesemua ahli kumpulan saya telah memberi kerjasama yang baik walaupun terdapat perseteruan idea kami dapat mengatasinya. Dalam menghasilkan sebuah gambar yang cantik dan menarik, seseorang memerlukan kreativiti yang menarik juga. Itu juga yanh diterapkan oleh ahli kumpulan saya. Kami telah memberikan kreativiti kami agar gambar yang dihasilkan itu cantik dan pempersonakan

Friday, March 6, 2020

BBM3410Satu2020 : KEPENTINGAN ASAS GRAFIK




RUJUKAN 
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia

BBM3410Satu 2020 : NOTA RINGKAS ASAS GRAFIK


Elemen asas grafik:

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), terdapat beberapa elemen asas grafik bagi kegunaan kamera, video, dan sebagainya yang melibatkan bahan grafik. Terdapat lima elemen asas grafik iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian, dan keseimbangan.

1. Mudah

Mudah adalah elemen grafik yang harus digunakan bagi memudahkan seseorang untuk memahami sesuatu grafik. Sesuatu grafik yang ditonjolkan itu mestilah senang difahami agar tidak berlaku kekeliruan ketika seseorang melihat grafik tersebut.

2. Warna 

Warna yang digunakan dalam gambar haruslah sesuai dengan keadaan gambar. Kombinasi warna mestilah betul agar seseorang yang melihat tidak serabut.

3. Teks

Teks digunakan bertujuan untuk memudahkan lagi seseorang untuk memahami sesuatu yang ingin disampaikan dalam gambar. Font yang digunakan bagi penulisan teks juga haruslah sesuai dengan gambar.

4. Kesesuaian

Setiap gambar haruslah bersesuaian dengan keadaan sekeliling seperti tempat dan sebagainya.

5. Keseimbangan 

Elemen keseimbangan mementingkan keseimbangan ruang atas, bawah, kiri, dan kanan.

RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia

BBM3410Satu2020 : TEORI ANALISIS WACANA KRITIS


Teori Analisis Wacana Kritis oleh vanDijk (1977)

Struktur Makro

Makna global daripada suatu teks yang dapat diamati daripada topik tema suatu teks

Superstruktur

Kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan

Struktur Mikro

Makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati Daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh suatu teks

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), terdapat beberapa teori yang telah digunakan antaranya teori analisis wacana kritis. Teori Analisis Wacana Kritis telah dibahagikan kepada beberapa elemen oleh VanDijk (1977) iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran. Dari segi makro, ia telah dianalisis dengan melihat makna global. Dari segi mikro pula menganalisis makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati daripada pilihan manakala superstruktur pula menganalisis kerangka suatu teks.

RUJUKAN 
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

BBM3410Satu2020 :TAKSONOMI STRATEGI KOMUNIKASI OLEH DORNYEI & SCOTT


Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997)

 Strategi Pengelakan atau Pengurangan

1. Pengabaian/ Peninggalan mesej

2. Pengolakan topik 

Achievement or Compensatory Strategies 

Pencapaian atau Strategi Panpasan

3. Parafrasa (Circumlocution) 

4. Penghampiran

5. Penggunaan perkataan semua tujuan 

6. Cipta perkataan baharu (Word-coinage)

7. Penstrukturan semula/ Penggunaan kaedah bukan bahasa (Use of non Linguistic means) 

8. Terjemahan literal 

9. Pengantarabangsaan 

10.Pertukaran kod 

11.Meminta pertolongan, penjelasan, pengesahan atau membuat tekaan/ Appeal for help Stalling Stalling or Time-gaining Strategies Penangguhan atau Strategi Tambahan Waktu 

12. Penggunaan perkataan yang tiada makna/Use of fillers/strategi penanda (hesitation devices)

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997) mempunyai beberapa strategi pengelakan dan pengurangan. Antara strategi yang dinyatakan oleh Normaliza Abd Rahim adalah pengolakan topik, terjemahan literal, pertukaran kod, dan sebagainya. 

RUJUKAN 
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

BBM3410Satu2020 : MANFAAT PENGGUNAAN INSTAGRAM



Daripada kesimpulan yang terdapat dalam bab 4, terdapat beberapa manfaat beberapa manfaat terhadap penggunaan instagram. Antaranya, membantu dalam pembelajaran merakam video, memberi peluang kepada pengguna lain melihat rutin harian, meningkatkan penggunaan teknologi, membantu mencipta sukatan pelajaran baharu, dan menyumbang kepada penggunaan Instagram dalan teknologi dengan cara yang betul. 

RUJUKAN
Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Ehh!! Media Sosial. Terengganu: Universiti     Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020 : RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG





Rumusan Keputusan dan Perbincangan.
Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), keputusan kajian terbahagi kepada tiga bahagian iaitu blog di dalam Pengajian Kesusasteraan, Blog dalam Pembelajaran Bahasa dan Blog dalam Pembelajaran Teknologi. Berdasarkan rajah-rajah di atas buku Media Sosial telah membicangkan tentang “Blog di dalam kelas Bahasa”. Blog merupakan salah satu medium perbincangan bertulis yang berbentuk formal atau tidak formal.. Blog-blog ini digunakan sebagai kegunaan peribadi contohnya diari atau jurnal. Terdapat beberapa kajian yang telah dilakukan bagi memperoleh maklumat tentang blog yang berkaitan dengan pengajian kesusteraan, pembelajaran bahasa, dan pembelajaran multimedia. Bagi rajah 6.1 adalah tentang kajian terhadap pengajian kesusteraan. Berdasarkan hasil kajian yang diperoleh terdapat beberapa genre kesusteraan yang digunakan oleh responden. Antaranya ialah puisi, cerpen, skrip drama, dan pantun. Kebanyakkan responden memelih salah satu genre tersebut untuk melakkan di dalam blog mereka. Bagi genre puisi, hasil kajian mendapati bahawa terdapat banyak responden wanita yang gemar menggunakan medium blog bagi menulis puisi. Peratus bagi responden wanita sebanyak 80% manakala responden lelaki sebanyak 66.7%. Selain itu, bagi cerpen pendek pula hasil kajian mendapati responden wanita lebih banyak menyatakan bahawa blog adalah medium yang sesuai untuk menulis cerpen pendek. Responden lelaki mahupun responden wanita berpendapat bahawa mereka menulis cerpen pendek untuk membaiki atau menambah baik penulisan. Seterusnya, terdapat 28 orang responden wanita bersamaan 93.3% dan 23 orang responden lelaki bersamaan 76.7%. menyatakan bahawa menulis skrip dengan menggunakan bahasa sasaran adalah sesuai bagi penulisan blog. Peratus bagi menulis skrip juga menunjukkan bahawa responden wanita lebih tinggi berbanding responden lelaki. Ini membuktikan bahawa responden lebih cendurung atau berminat untuk berkongsi idea dan pendapat di dalam blog mereka. Setelah dianalisis bahawa responden wanita lebih gemar dalam penghasilan sesebuah blog. Ini menunjukkan bahawa responden wanita lebih cendurung menulis berbanding responden lelaki yang tidak gemar menulis. Berdasarkan rajah 6.2 menunjukkan tentang penulisan blog dalam pembelajaran bahasa. Rajah tersebut menunjukkan bahawa penulisan blog juga dipilih sebagai alat dalam pembelajaran bahasa dalam kalangan responden. Kebanyakkan responden menyatakan pembelajaran bahasa dapat dipelajari melalui pemikiran kritis, penulisan surat, dan meluahkan perasaan. Kemudiannya, rajah 6.3 adalah tentang blog di dalam pembelajaran teknologi. Hasil dari kajian ini menunjukkan bahawa blog juga digunakan bagi pembelajaran teknologi. Kebanyakkan responden lelaki mahupun responden wanita menyetujui bahawa teknologi dapat memotivasikan mereka dalam mencuba benda baharu di dalam blog.  

RUJUKAN
Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Ehh!! Media Sosial. Terengganu: Universiti     Malaysia Terengganu.

Friday, February 28, 2020

BBM3410Satu2020 : MODEL PENCERITAAN NILAI SOSIAL KANAK-KANAK


Model Penceritaan Nilai Sosial Cerita Kanak-kanak

[1] Keluarga 

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka

Aku mempunyai sebuah kelurga yang sangat menghormati antara satu sama lain. Amalan hormat menghormati itu sering kali kami gunakan agar keluargaku tidak memandang remeh antara satu sama lain. Aku dan adik beradikku sering kali bangun di pagi hari. Ibu bapa kami sangat tegas dalam mendidik kami terutamanya bangun di pagi hari. Setiap pagi kami akan membantu kedua ibu kami. Pertolongan yang sering kami lakukan terhadap kedua ibu bapa kami adalah dengan mengemas rumah, mencuci pakaian, membasuh pinggan, memasak, dan sebagainya. Kami membantu kedua ibu bapa kami agar dapat merengankan beban mereka yang seharian mencari rezeki kepada kami. Kami akan membantu kedua ibu bapa kami sehingga larut malam. Ibu bapaku sering kali menasihati kami agar kami sentiasa menjaga budi pekerti. Mereka mengajar kami tentang kesopanan dan bertolak ansur. Nasihat mereka itu sering kami gunakan kerana kami tahu di setiap nasihat mereka pasti ada kebaikannya. Aku dan adik beradik mempunyai hubungan yang sangat akrab. Kami sering bersama dalam menempuh setiap cobaan hidup. Ya! mereka yang selalu ada. Mereka memberi semangat jika terdapat masalah. Mereka juga tidak segan menghulurkan bantuan jika terdapat masalah. Sesungguhnya aku sangat menyayanyi kesemua ahli keluarga ku. Benarlah kata orang keluarga ibarat nyawa yang harus dijaga bagai menatang minyak yang penuh kerana mereka sahaja yang akan sentiasa bersama sehingga ke hujung nyawa.

Monday, February 24, 2020

BBM3410Satu2020 : ASAS FOTOGRAFI

ASAS FOTOGRAFI : 24 FEBRUARI 2020
TIADA TAJUK PRODUCTION
 Mug shot : Aqilah Hanis ( Senyuman )
Mug shot : Aqilah Hanis ( Marah )
 Mug shot : Ardilla ( Senyuman )
Mug shot : Ardilla ( Marah )
 Mug shot : Nurul Rasyidah ( Senyuman )
Mug shot : Nurul Rasyidah ( senyuman tidak ikhlas )
 Mug shot : Nur Syafika ( Terlalu bahagia )
Mug shot : Nur Syafika ( Marah )
 Mug shot : Husnina ( Senyuman )
Mug shot : Husnina ( Pandangan maut )
 Mug shot : Emmy ( Senyuman )
Mug shot : Emmy ( Marah )
 Mug shot : Zulfadhli ( Senyuman )
Mug shot : Zulfadhli ( Marah )
 Mug Shot : Haziq ( Senyuman )
Mug Shot : Haziq ( Marah )
 Mug shot : Abidin ( Senyuman ) 
Mug shot : Abidin ( Marah )

Potrait : Muka
Potrait : Seluruh badan

 Medium shot : Perpustakaan
Medium shot : Kafeteria Serumpun


 Close-up : Mata Nina
Close-up : Bunga


 Long shot : Pemandangan yang ada manusia di perputakaan
Long shot : Pemandangan daripada blok P3, Serumpun

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Assalamualaikum Prof. Sebelum saya nak hurai panjang-panjang saya nak mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Prof. Teri...